15 April 2012

Gigi

Sakit gigi yang merosakkan produktiviti gua. Gigi bongsu pun pandai-pandai dia nak tumbuh, bukan gua suruh pun. Astaghfirullahal'azim.

14 April 2012

JPA

Sedang marah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

08 April 2012

Kisah Seorang Rider

Sebagai seorang rider sejati, dugaan hujan dan dugaan jalan berubang akibat kontraktor jalan turap tak rata, adalah tak seberapa jikalau nak dibandingkan dugaan follow lori getah skrap yang masih basah.

04 April 2012

Sultan Bola

Gua mohon Sultan Bola letak jawatan, jadi Sultan Kabaddi.

03 April 2012

Hasrat Yang Dipendam.

Ya. Sudah lama gua mengidam. Akibat daripada kekangan duit, gua pendam. Gua tak cerita dekat siapa-siapa termasuk mak gua sendiri. Apatah lagi gua nak bercerita dekat kawan-kawan gua. Benda ni gua pendam dah lama dah.

Jadi.

Sabtu lepas, gaji masuk dalam akaun gua setelah 3 hari bekerja gua punya gaji duduk dalam keadaan terapung. Gua pergi supermarket yang hit sekali di Tanah Merah. Pasaraya Pantai Timur.

Gua pergi beli gajus. Peh, sedap betul gajus ni.

01 April 2012

'Grrr'

Ada seorang makwe kasi 'grrr' dekat gua sebab gua disable komen dalam blog gua. Nanti-nantilah gua kasi able balik. Kalau gua able pun sapa je yang nak komen dekat blog gua. Lain la kalau blog aduka taruna.

Apa macam mengancam tak susunatur blog gua? Kah kah kah.