29 April 2012

Pandangan Gua Terhadap Bersih 3.0

Apa yang berlaku di Padang Merdeka pada hari kelmarin adalah manifestasi daripada ketidakupayaan kerajaan menjalankan pilihanraya yang adil dan bersih. Hal ini sama dengan apa yang berlaku di Mesir sehingga tumbangnya regim Hosni Mubarak setelah berpuluh tahun memerintah.

Jika dengan pilihanraya kita tidak mampu tumbangkan regim UMNO, mungkin regim UMNO akan tumbang tatkala rakyat marhaen menggunakan jalanraya sebagai medium menjatuhkan regim yang alim.

Allahuakhbar.

23 April 2012

McD Punya Penangan.

Hari ni gua kerja macam hari-hari biasa. Cuma hala balik tadi gua melencong ke McD dulu. Pekena makanan McD dua tiga das. Masa balik tu gua rasa lain macam betul. Muka jadi tak ceria seperti balik kerja hari-hari lain. Lampu hijau tiba-tiba bertukar jadi merah, gua marah. Pemandu kereta bawa kereta sambil bercakap talifon, gua marah. Jalan berlubang, gua marah. Potong makwe, gua tak jeling. Gua nak cepat.

Sampai rumah, gua pekena berak. Peh!

22 April 2012

Mat Pejabat

Memandangkan gua punya bos akan menunaikan umrah dan 2 minggu dia dekat sana, gua harap gua tidak banyak sangat melencong ke facebok dan ke main zuma. Ada dua tiga projek nak kena gua setel. Nak kena kejar deadline. Deadline ni entah siapa bagi nama, sumpah tak sedap. Susah betul jadi mat pejabat ni.

Hai

Semenjak minggu lepas gua praktik kemahiran menguyah guna gigi depan. Sekarang gua rasa gua semakin selesa. Biar menguyah serupa orang tua, jangan merana gigi sakit.

18 April 2012

Tewas

Semalam gua tewas, bukan tewas dek bruce lee. Akan tetapi tewas dek sofa empuk, sedar-sedar nampak perempuan baca berita bahasa orang putih di TV. Gua kecewa, masuk bilik sambung tidur dengan perasaan dendam terhadap perasaan mengantuk.

16 April 2012

Bruce Lee

Sebelum gua pergi menengok cerita bruce lee kejap lagi, ada baiknya juga kalau gua buat pamping dulu. Kasi gua punya spirit naik!

Kak Melah

Balik kerja gua pekena baring sambil dengar lagu Ramlah Ram. Gigi masih sakit. Perut pula lapar. Nak mengorat makwe tak ada spirit.

15 April 2012

Gigi

Sakit gigi yang merosakkan produktiviti gua. Gigi bongsu pun pandai-pandai dia nak tumbuh, bukan gua suruh pun. Astaghfirullahal'azim.

14 April 2012

JPA

Sedang marah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

08 April 2012

Kisah Seorang Rider

Sebagai seorang rider sejati, dugaan hujan dan dugaan jalan berubang akibat kontraktor jalan turap tak rata, adalah tak seberapa jikalau nak dibandingkan dugaan follow lori getah skrap yang masih basah.

04 April 2012

Sultan Bola

Gua mohon Sultan Bola letak jawatan, jadi Sultan Kabaddi.

03 April 2012

Hasrat Yang Dipendam.

Ya. Sudah lama gua mengidam. Akibat daripada kekangan duit, gua pendam. Gua tak cerita dekat siapa-siapa termasuk mak gua sendiri. Apatah lagi gua nak bercerita dekat kawan-kawan gua. Benda ni gua pendam dah lama dah.

Jadi.

Sabtu lepas, gaji masuk dalam akaun gua setelah 3 hari bekerja gua punya gaji duduk dalam keadaan terapung. Gua pergi supermarket yang hit sekali di Tanah Merah. Pasaraya Pantai Timur.

Gua pergi beli gajus. Peh, sedap betul gajus ni.

01 April 2012

'Grrr'

Ada seorang makwe kasi 'grrr' dekat gua sebab gua disable komen dalam blog gua. Nanti-nantilah gua kasi able balik. Kalau gua able pun sapa je yang nak komen dekat blog gua. Lain la kalau blog aduka taruna.

Apa macam mengancam tak susunatur blog gua? Kah kah kah.