24 September 2012

Hobi Saya



Gua ada hobi bermula dari usia 7 tahun lagi. Ada sesetengah kes tu, darjah 6 pun tak ada hobi. Apa kes brader?

Perihal main pasir ni dia punya sedap memang tak bolah diungkap dengan kata-kata mahupun dengan tulisan. Pasir masuk telinga pun boleh gua tak perasan. Peh, syok tak syok main pasir ni sampaikan mak gua kena datang tarik telinga suruh gua makan nasi.

Masuk darjah satu, gua dah mula kenal padang bola. Main pasir dah diturunkan kepada sub-hobi. Itu pun ada lagi berkalu kes gaduh dengan adik gua sebab berebut lori pasir. Time PJ memang gua akan berpatah arang dengan cikgu PJ kalau cikgu PJ tu suruh budak-budak lelaki main gelung rotan. Apa barang main gelung rotan, makwe makwe boleh la main gelung rotan.

Masa sekolah rendah dulu, kalau hari yang ada masa PJ, demam pun gua sanggup pergi sekolah. Paling manis, bila main bola, ada makwe makwe duduk tengok. Peh, gua rasa macam selebriti bola masa tu. Lari pun buka dada.

Selalunya kepuasan sukar dicapai dengan masa satu jam PJ, untuk menambah puas, waktu rehat pun gua rela menganaktirikan kantin sekolah kalau ada bola yang cikgu terlupa nak bawa masuk dalam stor. Peh, itu jam kasut masing-masing dah tak rupa kasut sekolah dah. Balik rumah sah sah kena berleter dengan mak gua. Macam kasut orang kerja tempat pembinaan.

Petang petang, kalau tak hujan, habis kartun suria perkasa hitam, memang gua akan merempit dengan basikal ke padang. Main bola. 

Masuk tingkatan pun, hobi gua tetap main bola, bola, dan kadang-kadang terjadi hobi pula usha makwe-makwe lalu lalang.

14 September 2012

Jumaat

Selamat hari Jumaat semua.

08 September 2012

Kerja

Esok gua macam biasa. Pagi-pagi bangun pergi kerja demi sesuap nasi ke mulut sendiri.

07 September 2012

Naziha

Makan nasi sambil layan Naziha. Nasi kering di tangan, bila iklan baru terhegeh-hegeh nak pergi sink basuh tangan.

Hujung Minggu

Gua harap hujung minggu ini dapat gua isi dengan seeloknya.

02 September 2012

Hujan

Meredah hujan masa balik kerja tadi membuatkan gua serupa nak demam.

01 September 2012

Kenduri

Hari ini gua ada kena attend kenduri. Lepas zohor hajatnya nak bertolak. Bukan jauh sangat pun. Gua sudah setting seluar mana baju mana nak kena gua pakai supaya kelihatan segak dan manis dipandang orang-orang tua.

Semoga dekat tempat kenduri karang ada makwe-makwe manis. Suapan nasi ke mulut seakan tidak lengkap jikalau tidak diselangi dengan usha makwe-makwe manis.

31 Ogos 2012

Fantasia Bulan Madu

Mungkin ada betulnya orang kata, "suara tak sedap, jangan nyanyi, nanti hujan". Balik kerja tadi gua balik seperti biasa, tidak laju tidak slow. Hujan mula rintik-rintik di tengah perjalanan gua. Gua tarik sedas, "Buuuulan maduu di awan biruuuuuuu. Hujan yang rintik-rintik tadi mula bertindak kasar. Gua tersenyum keseorangan. Penglihatan menjadi kabur.

Sampai rumah, gua kuyup!

25 Ogos 2012

Pulang Ke Kota

Cuti panjang sudah tamat. Kalau nak ikutkan rasa puas, cuti sebulan pun tak puas. Esok gua start kerja. Pagi esok gua nak berangkat pulang ke kota. Ya, Kota Bharu. Kah kah kah.

23 Ogos 2012

Masih Lagi Mood Raya

Bila nak pilihanraya pula ni?

21 Ogos 2012

Raya Ke 3

Raya ketiga. Gua bangun pagi. Mandi awal. Pekena lemang dua tiga das. Tengok tv. Air seratus. Layan drama. Guling-guling depan tv. Facebook. Youtube.

Amacam? True tak gua punya raya?

19 Ogos 2012

Raya

Masa sembahyang hari raya tadi, gua perhati. Sesiapa yang pergi sembahyang pakai kain sampin, dia rare. Tapi gua macam biasa, pakai kain pelikat, macam orang ramai-ramai.

Selamat Hari Raya untuk gua!

14 Ogos 2012

Makwe Tudung Labuh.

Makwe tudung labuh yang praktikal dekat office gua ni dah nak habis dah dia punya praktikal. Manis manis je muka dia.

12 Ogos 2012

Kpop

Memandangkan scene kpop tengah hits, gua ingat ini tahun gua nak beraya dengan rambut kpop juga lah. Agak-agak boleh blah tak?.

11 Ogos 2012

Temuduga

Tak lulus temuduga pun adalah satu dugaan.

09 Ogos 2012

Makwe Menengah Rendah

Ini hari gua balik kerja awal sikit. Sampai di sebuah sekolah gua usha makwe makwe kategori menengah rendah. Sesi petang. Ada yang lawa tu memang lawa betul. Manis manis je mata memandang.

"Hai cik adik, boleh tak jadi adik angkat saya"

07 Ogos 2012

Lari Berpagar

Balik terawih, pekena lari berpagar sampai lenguh-lenguh jari. Celakak, kenapa gua lari slow sangat.

Balik Kerja

Balik kerja terfollow lori getah skrap, dia punya bau memang peh. Sampai rumah gua mandi, dah tak kira dah makruh. Yang penting gua punya perbukaan puasa gua tidak terganggu oleh bau yang kurang menyelerakan.

Cinta.

"Cinta pada wanita ibarat air di hujung daun. Jika ia tidak jatuh di awal pagi, akan kering juga di petang hari." - Ustaz Azhar Idrus.

29 April 2012

Pandangan Gua Terhadap Bersih 3.0

Apa yang berlaku di Padang Merdeka pada hari kelmarin adalah manifestasi daripada ketidakupayaan kerajaan menjalankan pilihanraya yang adil dan bersih. Hal ini sama dengan apa yang berlaku di Mesir sehingga tumbangnya regim Hosni Mubarak setelah berpuluh tahun memerintah.

Jika dengan pilihanraya kita tidak mampu tumbangkan regim UMNO, mungkin regim UMNO akan tumbang tatkala rakyat marhaen menggunakan jalanraya sebagai medium menjatuhkan regim yang alim.

Allahuakhbar.

23 April 2012

McD Punya Penangan.

Hari ni gua kerja macam hari-hari biasa. Cuma hala balik tadi gua melencong ke McD dulu. Pekena makanan McD dua tiga das. Masa balik tu gua rasa lain macam betul. Muka jadi tak ceria seperti balik kerja hari-hari lain. Lampu hijau tiba-tiba bertukar jadi merah, gua marah. Pemandu kereta bawa kereta sambil bercakap talifon, gua marah. Jalan berlubang, gua marah. Potong makwe, gua tak jeling. Gua nak cepat.

Sampai rumah, gua pekena berak. Peh!

22 April 2012

Mat Pejabat

Memandangkan gua punya bos akan menunaikan umrah dan 2 minggu dia dekat sana, gua harap gua tidak banyak sangat melencong ke facebok dan ke main zuma. Ada dua tiga projek nak kena gua setel. Nak kena kejar deadline. Deadline ni entah siapa bagi nama, sumpah tak sedap. Susah betul jadi mat pejabat ni.

Hai

Semenjak minggu lepas gua praktik kemahiran menguyah guna gigi depan. Sekarang gua rasa gua semakin selesa. Biar menguyah serupa orang tua, jangan merana gigi sakit.

18 April 2012

Tewas

Semalam gua tewas, bukan tewas dek bruce lee. Akan tetapi tewas dek sofa empuk, sedar-sedar nampak perempuan baca berita bahasa orang putih di TV. Gua kecewa, masuk bilik sambung tidur dengan perasaan dendam terhadap perasaan mengantuk.

16 April 2012

Bruce Lee

Sebelum gua pergi menengok cerita bruce lee kejap lagi, ada baiknya juga kalau gua buat pamping dulu. Kasi gua punya spirit naik!

Kak Melah

Balik kerja gua pekena baring sambil dengar lagu Ramlah Ram. Gigi masih sakit. Perut pula lapar. Nak mengorat makwe tak ada spirit.

15 April 2012

Gigi

Sakit gigi yang merosakkan produktiviti gua. Gigi bongsu pun pandai-pandai dia nak tumbuh, bukan gua suruh pun. Astaghfirullahal'azim.

14 April 2012

JPA

Sedang marah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

08 April 2012

Kisah Seorang Rider

Sebagai seorang rider sejati, dugaan hujan dan dugaan jalan berubang akibat kontraktor jalan turap tak rata, adalah tak seberapa jikalau nak dibandingkan dugaan follow lori getah skrap yang masih basah.

04 April 2012

Sultan Bola

Gua mohon Sultan Bola letak jawatan, jadi Sultan Kabaddi.

03 April 2012

Hasrat Yang Dipendam.

Ya. Sudah lama gua mengidam. Akibat daripada kekangan duit, gua pendam. Gua tak cerita dekat siapa-siapa termasuk mak gua sendiri. Apatah lagi gua nak bercerita dekat kawan-kawan gua. Benda ni gua pendam dah lama dah.

Jadi.

Sabtu lepas, gaji masuk dalam akaun gua setelah 3 hari bekerja gua punya gaji duduk dalam keadaan terapung. Gua pergi supermarket yang hit sekali di Tanah Merah. Pasaraya Pantai Timur.

Gua pergi beli gajus. Peh, sedap betul gajus ni.

01 April 2012

'Grrr'

Ada seorang makwe kasi 'grrr' dekat gua sebab gua disable komen dalam blog gua. Nanti-nantilah gua kasi able balik. Kalau gua able pun sapa je yang nak komen dekat blog gua. Lain la kalau blog aduka taruna.

Apa macam mengancam tak susunatur blog gua? Kah kah kah.

28 Mac 2012

Usha Makwe Secara Maya

Disebabkan gua ni jenis tak pandai nak ejas facebook untuk bila gua klik suka atau tinggalkan komen dekat gambar-gambar makwe supaya tak naik dalam wall kawan-kawan gua, jadi gua ambil langkah berjaga-jaga.

Gua usha dalam-dalam, tinggalkan komen secara batin atau pun melalui telepati. Peh!

27 Mac 2012

Nikmat

Balik kerja perut lapar. Ini jam kalau jumpa nasi lauk telur pun boleh jadi king dia punya sedap. Tapi, bila perut sakit nak berak di tambah pula tahi dihujung tanduk, datanglah bigmac atau dinner plate sekalipun, memang tolak tepi.

Bila dah sampai status tahi dihujung tanduk macam tu, benda yang paling nikmat adalah jumpa jamban.

Kan?

26 Mac 2012

Lawak Najib

Najib membuat gua terhibur ini hari dengan beliau mengikat bata jenis tak ikut cikgu kemahiran hidup ajar. Tapi tak apa lah, dah dia tak reti, nak buat macam mana. Gua harap lepas ni rosmah akan ajar dia sikit supaya tidak kelihatan bodoh lagi.

25 Mac 2012

Comeback

Ada seorang makwe manis memandang sinis gua punya comeback. Tak apa la tak apa. Gua tak marah, gua pendam dalam hati saja. Gua lapar, nak pergi makan. Tak apa la tak apa. Jangan sampai gua ngorat lu. Kah kah kah.

21 Mac 2012

Result SPM

Kepada adik-adik SPM tahun lepas yang tak berapa nak berjaya atau pun yang banyak huruf C dan ke bawah tu gua mohon janganlah sedih sangat. Gua dulu pun tak banyak A. Jangan risau, kalau makan kenyang juga.

19 Mac 2012

Blog

Sekarang orang dah berpusu-pusu meninggalkan scene blog. Sudah tidak relevan katanya. Gua? Gua sibuk. Kerja.

04 Januari 2012

Salam

Assalamualaikum.