29 Disember 2009

Raya Cina Punya Pasal, Gua Terpaksa Balik Sekali Dengan Diaorang

Disebabkan gua hampir berpatah arang dengan KTMB atas dasar khabar angin kehabisan tiket, jadi gua mengambil langkah radikal dengan pergi bertanya sendiri dengan orang dalam KTMB. Tadi dalam tengah hari lepas makan siap-siap, gua melempit ke stesen KTMB Kulai. Kalau gua pergi dengan perut kosong, gua risau gua akan hilang pertimbangan akal waras dan berkemungkinan gua akan bertindak diluar pemikiran manusia.

Dalam perjalanan tu, sempat juga menyanyi lagu lagu melayu asli dan lagu melayu kontemporari. Sampai di pertengahan jalan, bawah flyover ada beberapa polis trafik tengah cari makan. Tahu pulak diorang nak duduk bawah teduh, masa latihan dulu bukan main Rambo lagi duduk tengah panas berjam-jam. Hati kaca ke brader?

Salah seorang dari mereka suruh gua berhenti. Gua orang melayu, gua berhenti. Tunjuk lesen, tunjuk road tax, tunjuk ic. Gua tunggu dia bagi surat saman. Cilakak, kalau time gua pitis banyak ni taknak bagi pulak dia. Lepas check benda-benda tu semua, gua blah laju-laju.

Dalam lebih kurang 10 minit lepas tu, akhirnya gua sampai di stesen Kulai dengan selamat. Gua parking motor kawan gua tanpa menghiraukan tempat letak kenderaan ke tak. Gua main parking saja. Orang tengah membara, biasalah. Buang helmet, letak dalam raga.

“Bang, tiket balik ke Tanah Merah 12 haribulan dua ada lagi ke tak?” Tanya gua dengan sopan. Muka pun manis.

“12 tu dah habis la dik. Yang ada 10 dengan 14 je” jawab brader tu dengan sopan jugak.

Gua minta nak tengok kelendar, gua nak congak sikit. Dalam 2-3 minit gua fikir, gua ambil tiket 10 haribulan 2. Maknanya gua akan bercuti awal 2 hari. Dalam masa 2 hari tu gua terpaksa tinggal 3 kelas. Lepas siap-siap bayar dan terima. Gua lipat elok-elok itu tiket letak dalam beg duit gua. Muka macam orang kena nombor.

Masa hala balik tu gua rasa macam nak naik motor buang helmet letak macam raga. Lepas tu naik pacak satu tayar sampai kolej.

Cilakak, dalam hati ada jugak kegusaran takut kalau kalau pensyarah buat onar nak buat test time gua tengah enak beradu atas kerusi malas dekat kampung.

Ah, mapuh gi mung lah!!!

27 Disember 2009

Berita Yang Buat Gua Tak Ada Spirit Nak Mengorat Makwe Makwe Manis

Ni apa kes ni tahun baru pun belum masuk lagi gua dah dengan khabar khabar angin yang mengatakan tiket keretapi nak balik kampung dah sold out. Ni yang buat gua tak sedap hati ni. Mana boleh nak mengorat makwe makwe manis tapi dalam hati ada berdebar takut tak dapat balik kampung.

Tiket bas gua tak tahu ada lagi ke tak. Tapi gua tak berapa ngam dengan bas. Gua ni kacip dengan keretapi saja. Kenapa? Hah itu lu pikir sendiri.

Cuti pertengahan semesta sekali dengan cuti raya cina. Disebabkan pertembungan cuti cuti macam ni lah yang gua tak berkenan. Tiket memang cepat sold out. Kalau gua cabut balik awal, kang ada yang kata cepat gua dari cina nak balik beraya. Kalau gua balik lewat, tak puas bercuti brader.

Mak gua pun dah kasi mesej dah dekat gua suruh gua balik menebas semak belakang rumah. Kenapa mak gua mesej gua macam tu? Hah itu gua tak tahu.

* * * * *

Sesiapa ada nak jual jet, kontek gua. Gua nak beli cash.

25 Disember 2009

Umur Gua Dah Melepasi Untuk Gua Berpolitik, Jangan Lu Nak Halang Gua

Pasal tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negari Kelantan masih belum selesai. Sekarang gua nak ulas sedikit tentang pemberian wang ihsan minyak kepada kerajaan Kelantan. Sebelum ni gua banyak ikuti isu ini dalam surat khabar, berita dan media altenatif. Gua dah tahu kalau gua surat khabar dengan berita dekat tv tu, memang dah sah sah pernyataanya berat sebelah. Oleh sebab otak gua geliga sebab makan kismis hari hari, gua ambil jalan kiri untuk menyeimbangkan pemahaman gua tentang isu ini. Gua guna media alternatif di internet. Macam kancil kan gua.

Setelah gua baca baca, gua perhati. Gua dapat simpulkan satu perkara yang gua ingin ketengahkan di sini.

Rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan
Hak tuih!!! Celaka, tepat ke muka.

Pembayaran 5 peratus dari hasil cari gali minyak hendaklah diserahkan kepada kerajaan negeri sebagai wang royalti. Bukan wang ihsan. Perlu dibayar secara tunai dua kali setahun. Hal ini diperakui sendiri oleh Ku Li sebagai pengerusi Petronas pada satu ketika dahulu. Perjanjian ini dipersetujui oleh kerajaan negeri dan Petronas. Perkara ini dah tertaktub dalam Akta Petroleum 1974.

Tapi sekarang apa cerita brader jib. Lu nak makan sorang sorang ke? Bini lu gua tengok dah membadak dah. Sudah sudah laa membeli belah luar negara. Siap suruh kirim kirim pulak tu. Kalau dah tua, dia tak mungkin jadi muda. Suruh dia tutup aurat, kalau aurat pun tak tutup, jangan nak cakap pasal agama.

Brader jib, berbalik pada isu royalti tadi. Susah sangat ke nak bagi 5 peratus kepada negeri kami. Kalau lu bagi 5 peratus, ada lagi 95 peratus. Lu buat la apa yang lu suka dengan 95 peratus lagi tu. Nak beli kereta kebal second hand ke, nak beli jet pejuang secong hand ke, nak beli senjata second hand ke, nak beli askar second hand ke, nak bagi Rosmoh suruh dia pergi buat rambut ke, kami dah tak kisah itu semua. Yang kami nak hak kami sebanyak 5 peratus tu.

Brader jib, itu hari gua ada terdengar yang Tok Guru ada berdoa diturunkan bencana kepada sesiapa yang zalim. Jib, lu tahu tak apa maksud zalim tu? Maksud dia, tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bagi gua, doa semacam itu tidak menjadi kesalahan. Brader jib, lu ada letak benda yang bukan pada tempatnya ke? 5 peratus royalti minyak lu letak dekat celah mana?

Apa macam brader jib? Kecut perut? Takut? Kah kah kah. Tak gentlemeng la takut. Kalau lu takut, suruh lu punya bini jadi PM. Kah kah kah gelak macam brader tukar tiub.

Rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan
Hak tuih!!! Celaka, tepat ke muka.

19 Disember 2009

Bola Bola Bola

Masa Malaysia menang itu hari, gua ucap tahniah dalam hati. Sebenarnya gua dah naik meluat jugak la dengan industri bola sepak Malaysia ni. Pasal pengurusan FAM ni gua perhati dia tak berapa nak professional. Berat ke nak main politik. Orang bagi teguran sikit, dah nak denda denda. Sultan bola pula sibuk nak jaga dia punya pasukan. Dah sepatutnya turun divisyen, tapi tak turun turun jugak. Mana tak meluat gua kalau macam ni.

Pasal permainan pula tak payah gua nak ulasan panjang panjang. gua tak nak buang masa dengan mengutuk memaki dia punya bengap. Tadi gua ada check Malaysia punya ranking dunia dalam acara bola sepak. 160 brader. Lesotho pun berada di kedudukan yang lebih baik dari Malaysia.

Tapi dalam biodata gua, bahagian hobi tu kenapa masih ‘bermain bola sepak’.

16 Disember 2009

Sampai Kolej

Gua tiba di stesen kereta api kulai pada pukul 10 lebih lebih. Sampai kolej pula pada pukul 11 lebih lebih. Nasib baik kawan gua pergi ambil, kalau naik dengan teksi mahu ada yang mati drebar teksi tu gua cekik tengkuk. Nak gaji bawa teksi macam nak gaji pegawai kerajaan. Suruh belajar tinggi tinggi, banyak main.

Sampai di bilik gua kemas kemas apa yang patut. Apa yang tak patut gua lempar lempar dalam bakul sampah. Habuk merata-rata, gua sapu guna tangan. Sapu sapu lantai lebih kurang. Lipat-lipat kain baju masuk dalam almari.

Gua dah bina azam baru. Nak banyakkan membaca buku.

13 Disember 2009

Cuti Tambahan

Gua sambung cuti sendiri dua hari lagi. Pagi rabu InsyaAllah gua sampai.