24 September 2012

Hobi Saya



Gua ada hobi bermula dari usia 7 tahun lagi. Ada sesetengah kes tu, darjah 6 pun tak ada hobi. Apa kes brader?

Perihal main pasir ni dia punya sedap memang tak bolah diungkap dengan kata-kata mahupun dengan tulisan. Pasir masuk telinga pun boleh gua tak perasan. Peh, syok tak syok main pasir ni sampaikan mak gua kena datang tarik telinga suruh gua makan nasi.

Masuk darjah satu, gua dah mula kenal padang bola. Main pasir dah diturunkan kepada sub-hobi. Itu pun ada lagi berkalu kes gaduh dengan adik gua sebab berebut lori pasir. Time PJ memang gua akan berpatah arang dengan cikgu PJ kalau cikgu PJ tu suruh budak-budak lelaki main gelung rotan. Apa barang main gelung rotan, makwe makwe boleh la main gelung rotan.

Masa sekolah rendah dulu, kalau hari yang ada masa PJ, demam pun gua sanggup pergi sekolah. Paling manis, bila main bola, ada makwe makwe duduk tengok. Peh, gua rasa macam selebriti bola masa tu. Lari pun buka dada.

Selalunya kepuasan sukar dicapai dengan masa satu jam PJ, untuk menambah puas, waktu rehat pun gua rela menganaktirikan kantin sekolah kalau ada bola yang cikgu terlupa nak bawa masuk dalam stor. Peh, itu jam kasut masing-masing dah tak rupa kasut sekolah dah. Balik rumah sah sah kena berleter dengan mak gua. Macam kasut orang kerja tempat pembinaan.

Petang petang, kalau tak hujan, habis kartun suria perkasa hitam, memang gua akan merempit dengan basikal ke padang. Main bola. 

Masuk tingkatan pun, hobi gua tetap main bola, bola, dan kadang-kadang terjadi hobi pula usha makwe-makwe lalu lalang.

14 September 2012

Jumaat

Selamat hari Jumaat semua.

08 September 2012

Kerja

Esok gua macam biasa. Pagi-pagi bangun pergi kerja demi sesuap nasi ke mulut sendiri.

07 September 2012

Naziha

Makan nasi sambil layan Naziha. Nasi kering di tangan, bila iklan baru terhegeh-hegeh nak pergi sink basuh tangan.

Hujung Minggu

Gua harap hujung minggu ini dapat gua isi dengan seeloknya.

02 September 2012

Hujan

Meredah hujan masa balik kerja tadi membuatkan gua serupa nak demam.