31 Ogos 2012

Fantasia Bulan Madu

Mungkin ada betulnya orang kata, "suara tak sedap, jangan nyanyi, nanti hujan". Balik kerja tadi gua balik seperti biasa, tidak laju tidak slow. Hujan mula rintik-rintik di tengah perjalanan gua. Gua tarik sedas, "Buuuulan maduu di awan biruuuuuuu. Hujan yang rintik-rintik tadi mula bertindak kasar. Gua tersenyum keseorangan. Penglihatan menjadi kabur.

Sampai rumah, gua kuyup!

25 Ogos 2012

Pulang Ke Kota

Cuti panjang sudah tamat. Kalau nak ikutkan rasa puas, cuti sebulan pun tak puas. Esok gua start kerja. Pagi esok gua nak berangkat pulang ke kota. Ya, Kota Bharu. Kah kah kah.

23 Ogos 2012

Masih Lagi Mood Raya

Bila nak pilihanraya pula ni?

21 Ogos 2012

Raya Ke 3

Raya ketiga. Gua bangun pagi. Mandi awal. Pekena lemang dua tiga das. Tengok tv. Air seratus. Layan drama. Guling-guling depan tv. Facebook. Youtube.

Amacam? True tak gua punya raya?

19 Ogos 2012

Raya

Masa sembahyang hari raya tadi, gua perhati. Sesiapa yang pergi sembahyang pakai kain sampin, dia rare. Tapi gua macam biasa, pakai kain pelikat, macam orang ramai-ramai.

Selamat Hari Raya untuk gua!

14 Ogos 2012

Makwe Tudung Labuh.

Makwe tudung labuh yang praktikal dekat office gua ni dah nak habis dah dia punya praktikal. Manis manis je muka dia.

12 Ogos 2012

Kpop

Memandangkan scene kpop tengah hits, gua ingat ini tahun gua nak beraya dengan rambut kpop juga lah. Agak-agak boleh blah tak?.

11 Ogos 2012

Temuduga

Tak lulus temuduga pun adalah satu dugaan.

09 Ogos 2012

Makwe Menengah Rendah

Ini hari gua balik kerja awal sikit. Sampai di sebuah sekolah gua usha makwe makwe kategori menengah rendah. Sesi petang. Ada yang lawa tu memang lawa betul. Manis manis je mata memandang.

"Hai cik adik, boleh tak jadi adik angkat saya"

07 Ogos 2012

Lari Berpagar

Balik terawih, pekena lari berpagar sampai lenguh-lenguh jari. Celakak, kenapa gua lari slow sangat.

Balik Kerja

Balik kerja terfollow lori getah skrap, dia punya bau memang peh. Sampai rumah gua mandi, dah tak kira dah makruh. Yang penting gua punya perbukaan puasa gua tidak terganggu oleh bau yang kurang menyelerakan.

Cinta.

"Cinta pada wanita ibarat air di hujung daun. Jika ia tidak jatuh di awal pagi, akan kering juga di petang hari." - Ustaz Azhar Idrus.